Jenayah Sensasi Terkini

Gara-Gara Selalu Habiskan Masa Dengan Facebook, Anak Dikelar Bapa

Tindakan kejam seorang bapa mengelar leher anaknya kerana tidak tahan dengan kelakuan anak gadisnya yang sering menghabiskan masa dengan Facebook dan Line menjadi gempar di Thailand.

Tergamak sungguh bapa tersebut mengelar leher anak sendiri atas alasan yang tidak munasabah.

Lelaki berkenaan, Joi (bukan nama sebenar) mengaku bertanggungjawab melakukan perbuatan tersebut dan meninggalkan anaknya dalam keadaan parah. Menurutnya, dia hilang sabar melihat tingkah laku anaknya itu.

Sebelum itu mereka telah bertengkar kerana anaknya sering menghabiskan masa melayari laman sosial tersebut. Kemudian dia bertindak mengurung anaknya di rumah sewa mereka pada Ahad lalu.

Joi ditahan di pusat pemeriksaan di daerah Prachuap Khiri Khan Thap pada malam Ahad lalu ketika cuba melarikan diri dengan anak perempuan bongsunya.

Menurut isteri Joi, suaminya tidak gemar melihat anaknya banyak menghabiskan masa dengan media sosial kerana bimbang akan memberi kesan negatif terhadap pembelajarannya.

Bagaimanapun, dia menafikan dakwaan kononnya mangsa diserang dan didera secara seksual oleh suaminya. Mangsa dilaporkan telah pulih namun masih di bawah pengawasan pihak hospital.

Polis berkata, pihaknya pernah mengeluarkan waran tangkap terhadap Joi yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan di daerah Muang Trang pada 14 Ogos 2007.

Kalau marah pada anak sekalipun, jangalah sampai mencederakan anak. Tak salah pukul untuk tujuan pengajaran asalkan tidak mendatangkan kecederaan. Jadilah ibu bapa yang bijak menangani situasi.-KLICK.MY

Sumber: Stomp

Tag