Sensasi Terkini Viral

Gara-Gara Najis Tikus, Restoran Nasi Kandar Line Clear Diarah Tutup

Restoran paling popular di Penang, Nasi Kandar Line Clear diarah tutup selama dua minggu selepas pemeriksaan Jabatan Kesihatan Pulau Pinang (JKPP) mendapati terdapat najis tikus di dapur premis berkenaan menurut laporan akhbar-akhbar utama.

Arahan itu dikeluarkan selepas beberapa pegawai JKPP membuat pemeriksaan di restoran berkenaan serta beberapa buah restoran lain di sekitar Georgetown.

Malah, bukan Restoran Nasi Kandar Line Clear sahaja yang kena tutup, malah restoran di sebelahnya, Restoran Yasmeen juga.

Rasanya sudah banyak kes kedai mamak didapati tidak mematuhi tahap kebersihan yang telah ditetapkan namun ia tetap berlaku juga.

Tetapi tidak adillah kalau nak kata hanya restoran mamak sahaja yang kotor kerana kotor atau tidak bukan disebabkan statusnya tetapi individu atau pemilik kedai itu sendiri.

Mungkin restoran mamak lebih mendapat tumpuan dan perhatian kerana ia mempunyai pelanggan setia yang ramai. Lihat sahaja di Kuala Lumpur, di mana ada restoran mamak, maka di situlah ramai warga kota yang melepak dan makan di situ.

Terpulang pada diri anda sendiri untuk memilih makan di mana.-KLICK.MY