Sensasi Terkini Viral

Gara-Gara Mencuri Budak Perempuan Digantung, Digigit

Kalau nak mendidik anak-anak pun, biarlah berpada-pada. Jangan sesekali kita mencederakannya kerana ia membuatkan anak-anak menjadi takut dan pendendam.

Namun, lain pula cerita di Baghdad, Iraq apabila seorang kanak-kanak perempuan diikat kedua-dua belah kakinya sebelum digantung secara terbalik pada kipas dan digigit beberapa kali di bahagian belakang badannya.

Dalam kejadian yang berlaku pada bulan April lalu, mangsa merupakan anak yatim piatu, tinggal bersama bapa saudaranya di bandar Bhagdad, didakwa mencuri beberapa biji buah kentang milik rakannya.

Kejadian itu sampai ke pengetahuan bapa saudara mangsa, lalu berang dan mengambil tindakan menghukum mangsa di rumah mereka.

Kaki mangsa diikat dan digantung secara terbalik pada kipas sebelum dipusingkan oleh seorang lagi bapa saudaranya. Ketika berpusing, seorang lagi bapa saudaranya mengambil kesempatan untuk merotan mangsa.

Gagal mengawal kemarahan, lelaki itu terus menggigit belakang badan mangsa beberapa kali sebelum dihentikan oleh adiknya.

Kejadian itu disaksikan oleh seorang lagi lelaki yang duduk di sofa, tanpa cuba menghalang perbuatan dua lelaki dewasa itu.

Namun kedua-dua bapa saudara mangsa telah ditahan, selepas video penderaan itu tular di media sosial. Suspek akan didakwa di atas pertuduhan mendera kanak-kanak.

Mangsa kini berada di bawah perlindungan jabatan kebajikan.-KLICK.MY

Sumber: The Reporter