Hiburan Semasa

Gara-Gara Kuat Kerja, Shuib Masuk Wad?

Sarah Raisuddin telah memuat naik gambarnya sedang menjaga suami tercinta, Shuib Sepahtu yang sedang terlantar di wad dalam Instagramnya.

Tidak dapat dipastikan secara jelas apakah penyakit yang dialami oleh Shuib namun menurut kapsyen yang ditulis oleh Sarah, sebelum ini suaminya pernah juga pengsan ketika rancangan Fear Factor gara-gara terlalu mencuba melebihi kemampuan diri.

Ke Shuib terlalu memikirkan majlis persandingan mereka pada 26 Februari ini?

Apa-apapun, bahagianya tengok pasangan ini.

Masa Sarah pengsan ketika rancangan Gegar Vaganza musim ke-3 hari tu, sudah pasti waktu itu Shuib yang menjaganya. Kali ini, giliran Sarah pula menjaga Shuib. Sama-sama menjaga barulah aman rumah tangga.. tak gitew?

Tetapi betullah, Shuib memang seorang suami yang bertanggungjawab dan gigih mencari rezeki. Agaknya betullah kata orang, orang yang suka melawak ini, hati dan jiwanya sangat penyayang. Malah, mereka juga rajin bekerja.

Tengok je Shuib, Nabil dan beberapa pelawak lain, mereka begitu rajin bekerja mencari rezeki untuk anak bini. Bertuah Sarah dapat Shuib dan begitu juga sebaliknya.

Moga Shuib cepat sembuh. -KLICK.MY