Luar Negara

Gara-Gara Digigit Semut, Lelaki Gagal Rogol Gadis Dalam Semak

TINDAKAN jahat seorang lelaki berusia 29 tahun yang cuba merogol seorang gadis di dalam semak terbantut apabila dia dan mangsa digigit semut hitam.

Kejadian berlaku di Sukamaju, Sulawesi Selatan pada Sabtu lalu, apabila Toni Irawan cuba memperkosa seorang gadis berusia 16 tahun yang hanya dikenali sebagai AS.

Ketua Polis Sukamaju Alimin Pammu berkata penangkapan dibuat selepas laporan tentang kejadian dibuat.

“Suspek, Toni Irawan ditangkap di Desa Pattimang, Kecamatan Malangke (Luwu Utara) pada Ahad jam 4.30 pagi. Pelaku tidak melawan ketika ditangkap,” kata Alimin.

Alimin menjelaskan kejadian berlaku di Dusun Sitingkil, Desa Kalulu, Sukamaju, Sabtu lalu.

Pada mulanya, lelaki terbabit menghubungi mangsa melalui telefon bimbitnya sebelum datang menjemputnya di rumah.

Dia yang memandu kereta sendiri kemudian mengajak mangsa pergi ke Sitingkil.

“Tiba di Sitingkil pelaku mengajak mangsa ‘bersama’ tetapi gadis itu sempat lari namun dapat dikejar,” ujarnya.

Dalam perjalanan pulang, atau lebih tepat sewaktu tiba di Dusun Tandung Bangke, Desa Kaluku, lelaki itu menghentikan kenderaannya dengan alasan mahu mencucinya.

“Ketika itulah lelaki terbabit menarik mangsa ke dalam semak sambil membaringkan mangsa di rumput.

“Tetapi, pada masa itu kedua-dua mereka digigit semut hitam. Mangsa terus bangun dan berlari menuju rumah penduduk,” jelasnya.

Suspek kini berada dalam tahanan dan disoal siasat. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.