Gaya Hidup Terkini

Gara-Gara Main Snapchat Ketika Bertugas 2 Pilot Digantung Kerja

DUA juruterbang pesawat tambang murah digantung tugas selepas merakam diri mereka bermain permainan di aplikasi Snapchat ketika sedang melakukan penerbangan dari Paris ke Madrid, Rabu lalu.

Rakaman yang dibuat menunjukkan kedua-dua juruterbang syarikat EasyJet berkenaan menari di tempat duduk masing-masing bersama watak kartun dalam aplikasi berkenaan.

The Sun melaporkan, ia dimuat naik oleh Kapten Michel Castelucci di media sosialnya.

Jurucakap EasyJet berkata, pihaknya memandang serius perkara itu dan kedua-duanya digantung tugas sementara siasatan dilakukan.

“Walaupun tahap keselamatan penumpang sudah diambil kira, apa yang dilakukan mereka tidak menepati kualiti juruterbang kami.

“Ia sama sekali tidak boleh diterima dan tidak mewakili ribuan juruterbang profesional yang berkhidmat dengan penerbangan ini.

“Kami memandang serius perkara ini dengan menggantung tugas juruterbang berkenaan (mengikut prosedur) sementara siasatan disiplin dijalankan,” katanya.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan buruk padahnya.. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen