Hiburan

Gara-Gara Adik Tak Bayar Hutang, Elfira Loy Jadi Mangsa ‘Serangan’

LEPAS satu, satu kontroversi terpalit dalam kehidupan pelakon Elfira Loy. Dari saat putus tunang dengan Sufian Suhaimi hinggalah berita pertunangannya dengan seorang pengurus besar sebuah syarikat telekomunikasi.

Berkaitan: Elfira Loy Bertunang, Sufian Suhaimi Doakan Kebahagiaan

Terbaharu, nama Elfira sekali lagi menjadi sebutan apabila ‘diserang’ seorang wanita di media sosial berkaitan tingkah laku adiknya yang dikatakan liat membayar hutang.

Menurut wanita yang ‘menyerang’ Elfira di Instagramnya itu, bahawa pelakon tersebut kini sudah boleh menjelaskan segala hutang, termasuk yang dibuat oleh adiknya.

Wanita yang menggunakan nama @farizaismailofficial meminta Elfira mengingatkan adik lelakinya untuk membayar hutang yang telah dibuat bertahun lamanya.

Hutang berkenaan dibuat oleh adik Elfira bagi mengubahsuai kereta. Tegas wanita itu lagi, dia telah meninggalkan komen di akaun Instagram adik Elfira tetapi sering dipadamkan.

Dia juga mendakwa ‘resit total bayaran’ telah dihantar berulang kali. Elfira dilihat sempat membalas ‘serangan’ tersebut namun tidak mengulasnya lebih lanjut.

Justeru, sama ada benar atau tidak, kita tunggu sahaja jawapan lebih lanjut daripada kedua-dua pihak. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.