Sensasi Viral

Gambar Pemungut Sampah Tular Di Laman Sosial

Tak pasal-pasal gambar seorang pemungut sampah yang tertidur di atas lori sampah menjadi tular di laman sosial.

Gambar tersebut dimuatnaik oleh seorang pengguna Twitter dengan tujuan untuk dijadikan bahan jenaka.

Namun, niatnya itu mula mendapat kritikan neztizen yang manganggap lawak tersebut sebagai menghina pekerjaan sebagai pemungut sampah.

Yelah, bayangkan kalau tiada pemungut sampah apa akan jadi dengan sampah yang dibuang setiap hari? Mahu akan jadi setinggi bangunan KLCC.

Memang kerja mereka bergelumang dengan sampah yang kotor dan busuk namun kesanggupan mereka mencari rezeki dengan menjadi pemungut sampah boleh dikatakan kerja yang mulia.

Berbalik pada kisah gambar yang tular ini, ia menjadi kemarahan orang ramai kerana pengguna Twitter tersebut meletakkan kapsyen berbunyi ‘a man who knows his place (seorang lelaki yang tahu tempatnya) pada gambar itu.

Bertindak atas rasa tidak puas hati, seorang lagi pengguna Twitter bernama Zane telah membalas balik tweet tersebut. Tweet tersebut mendapat reaksi positif daripada netizen yang lain.

Malah, tweet Zane itu mendapat lebih 110,000 retweet dalam masa tidak sampai sehari dimuatnaik. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan lokasi gambar pemungut sampah itu diambil.-KLICK.MY