Sensasi Terkini Viral

Gambar Mak Ayah Pemangkin Semangat Jawab Periksa

Seorang guru telah memuatnaik sekeping gambar di Facebook yang menunjukkan seorang murid sedang menjalani peperiksaan.

Kelihatan di atas mejanya diletakkan dompet yang dibiarkan terbuka terpapar gambar seorang wanita dan lelaki. Guru berkenaan, Mohd Syazwan Shamsudin yang ketika itu sedang menjaga peperiksaan hairan dengan kelakuan pelajar tersebut.

Saat ternampak dompet pelajar tersebut, dia cuba mendekati kerana ingin tahu. Barulah dia nampak dalam dompet tersebut ada gambar kedua ibu bapa pelajar berkenaan.

Apabila ditanya mengapa meletakkan gambar ibu dan bapanya di atas meja, pelajar tersebut memberitahu tujuannya hanya untuk memotivasikan diri ketika menjawab peperiksaan.

Wah, jawapan pelajar tersebut terus menusuk kalbu guru terbabit! Apakan tidak, dia sendiri pun tidak pernah berbuat demikian ketika menjawab peperiksaan ketika sekolah dulu.

Ekoran gambar tersebut juga, ramai netizen yang memberi komen dan memuji pelajat berkenaan.

Bagus sungguh pelajar tersebut dalam keadaan genting pun dia masih ingat pada ibu dan ayahnya. Bertuah ibu dan ayah dapat anak seperti pelajar ini.

Nak tanya sikit, dalam dompet anda agak-agaknya ada gambar siapa?-KLICK.MY

Tag