Hiburan Sensasi Terkini

Gambar Eina Azman, Suami ‘Cemolot’ Atas Gondola Dikecam Netizen

BELUM lagi habis cerita pasal cermin mata hitam Datin Paduka Eina Azman dan suami, timbul pula cerita gambarnya sedang bercumbu di atas gondola.

Sebelum ini cermin mata hitam yang dipakai oleh Eina Azman dan suaminya ketika bercuti di luar negera dikecam netizen.

Mereka mengatakan kaca mata hitam itu kelihatan buruk dan murah walaupun tahu ianya jenama D&G. Biasalah netizen, segala-galanya tidak kena pada mata mereka.

Padahal Eina dan suami sedang berbahagia melancong dan bercuti di Venice, Itali. Berbalik kepada cerita pasal bercumbu atau ‘cemolot’ tadi, Eina telah memuat naik tersebut di Instagramnya.

Yelah, suami isteri apa salahnya bercumbu.. mungkin itu pendapat Eina. Namun, gambar tersebut mengundang rasa tidak selesa netizen.

Menurut netizen, memang benar mereka suami isteri dan tidak salah bercumbu tetapi tidak perlu di khalayak ramai atau berkongsi gambar itu di media sosial.

Simpan sahaja gambar itu untuk tatapan peribadi dan bukannya umum. Malah ada juga yang mengata Eina sengaja mencetuskan isu untuk menjadi tular.

Mungkin tidak tahan dengan kutukan tersebut, Eina dilihat membalas komen-komen tersebut.

Menurut Eina, perbuatannya itu tidak salah kerana mereka suami isteri. Sekiranya tidak suka, mereka boleh ‘unfollow’.

Jadi, apa pendapat anda? Bagi kami, memang tidak salah tetapi lebih baik tidak disiarkan kepada umum kerana ianya boleh mendatangkan umpatan dan fitnah. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.