Sensasi Terkini

Gambar Anak Cium Lelaki Tersebar, Kazar Beri Penjelasan

UMUM mengetahui pelakon dan penyanyi Kazar atau nama penuhnya Kazaruddin Saisi mempunyai seorang anak gadis bernama Fadira Fatini berusia 22 tahun.

Orangnya cantik dan seksi namun sering menimbulkan kontroversi.

Sebelum ini, Fadira atau lebih mesra dipanggil Ira pernah mendapat kecaman netizen kerana video menari gelek dengan aksi keterlaluannya berlatarkan lagu One Dance nyanyian Drake menjadi tular di laman sosial pada 2016.

Terbaharu, dia sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila memuat naik gambarnya bercium dengan lelaki di laman Insta Stories pada minggu lalu.

Rata-rata netizen tidak boleh menerima kelakuan itu. Pelbagai komen negatif dilemparkan kepadanya.

Oleh kerana dia anak kepada artis terkenal, sudah pasti nama Kazar terpalit sama.

Menjelaskan hal tersebut, Kazar memberitahu Harian Metro dia sudah menasihati anaknya itu agar tidak memuat naik gambar dan video yang boleh mencetuskan kontroversi di laman sosial.

Malah, sebenarnya dia sendiri tidak tahu menahu mengenai gambar bercium yang dimuat naik oleh anaknya itu sehinggalah ia menjadi tular.

“Itu gambar Ira dengan sepupunya, Haffiz yang juga anak pelawak Helmi Gimmick. Hubungan mereka terlampau rapat. Tapi saya sedar perbuatan yang dilakukannya itu tetap salah.

 “Saya tidak tahu pun mengenai gambar itu kerana jarang mengikuti Instagram miliknya.

“Walaupun mereka sepupu tetapi perbuatan Ira memuat naik gambar seperti itu tetap salah.

“Saya memang sudah menasihatkannya supaya menjaga nama baik saya dan keluarga tetapi nampaknya dia mencetuskan kontroversi sekali lagi,” katanya.

Bagaimanapun kata Kazar, dia tidak cepat melatah dengan kecaman netizen pada anaknya itu. –KLICK.MY

Tag

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen