Semasa Sensasi Terkini Viral

Gagal Tenggelam, Wanita Selamat Daripada Cubaan Bunuh Diri

Saat membaca kisah wanita ini, tidak tahu sama ada nak marah atau gelak. Nak marah mungkin sebab dia telah menyusahkan orang lain. Nak gelak sebab kejadian yang berlaku ke atas dirinya boleh dianggap sebagai lucu.

Di Guangdong, China, seorang wanita telah bertindak terjun ke dalam sungai kerana mahu membunuh diri. Tidak dapat dipastikan kenapa dia mahu membunuh diri.

Namun, tindakannya itu tidak berjaya kerana setelah terjun ke sungai, dia gagal tenggelam.

Sebaik mencecah air sungai, entah bagaimana dia seakan-akan terapung di permukaan dan terus hanyut dibawa arus sungai.

Hal itu menyebabkan naitnya untuk membunuh diri gagal. Kemudian tidak lama selepas itu, dia telah diselamatkan pula oleh nelayan yang kebetulan berada di situ.

Menurut laporan berita di sana, kemungkinan wanita ini tidak tenggelam kerana mempunyai tubuh yang gemuk. Lucu bukan?

Nelayan tersebut berhempas-pula menaikkan wanita tersebut ke dalam bot kerana terlalu berat.

Setelah berjaya diselamatkan, dia terus dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.-KLICK.MY