Viral

Gagal Ragut Telefon, 3 Remaja Lelaki Ini Terus Bersikap Biadap!

SEORANG wanita berkongsi cerita di Twitter perihal kelakuan biadap tiga remaja lelaki yang cuba meragut telefonnya.

Ketika kejadian, wanita yang dikenali sebagai Norysa itu dalam perjalanan ke tempat kerja pada Ahad baru-baru ini.

Saat dia mahu melintas jalan berdekatan sebuah pusat membeli-belah terkenal di Bukit Bintang, tiba-tiba dia dihampiri dua remaja yang secara tiba-tiba merentap telefon bimbitnya.

“Benda ini jadi kat diri saya sendiri siang tadi. Saya punyalah rushing nak pergi kerja dan tengah nak melintas jalan, boleh pula budak-budak ini main rentap phone saya,” tulisnya.

Walaubagaimanapun, percubaan dua remaja terbabit gagal apabila seorang pemandu kereta yang menyedari kejadian itu, menghalang mereka dari melarikan diri.

“Thank god ada kereta nak langgar dia. Alhamdulillah I got my phone back. But I’m speechless. Kids nowadays Allahu,” katanya lagi.

Norsya juga sempat merakam video ketika dia berdepan dengan tiga remaja terbabit.

Menerusi video tersebut, Norsya memberitahu dia mahu menghubungi pihak polis untuk menahan mereka.

Malah, kelihatan remaja terbabit bersikap kurang ajar dan seakan-akan tidak takut kepada Norsya.

Namun, setelah mendengar Norsya mahu mengghubungi pihak polis, ketiga-tiga remaja itu terus melarikan diri. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.