Sensasi Terkini Viral

Gagal Kawal Nafsu, Lelaki Ini Tergamak Rogol Lembu

Tak terbayang dek akal bagaimana seorang lelaki di Thailand tergamak merogol seekor lembu! Akibat perbuatan jijiknya itu, lelaki berusia 40 tahun ini ditahan pihak berkuasa.

Nasib baik perbuatan terkutuknya itu disedari penduduk sekitar. Sebelum itu, ada beberapa saksi ternampak dia mencium seekor lembu betina dan kemudian bertindak merogolnya haiwan tersebut.

Menurut salah seorang penduduk kampung di situ berkata, mereka menyedari tingkah laku lelaki itu yang agak pelik dan kelihatan seperti mabuk. Namun sebaik saja dia melakukan perkara yang tidak senonoh itu, mereka terus menghubungi pihak polis untuk menahannya.

Apa yang mengejutkan saat ditanya kenapa dia sanggup berbuat demikian, dengan selamba sambil ketawa dia mendakwa jadi terangsang apabila melihat lembu betina tersebut. Apalah yang dia nampak sampai boleh terangsang pada haiwan tersebut?

Akhirnya dia dibawa ke balai polis untuk disoal siasat dan menjalani pemeriksaan kesihatan mental.-KLICK.MY