Gaya Hidup

Gagal Bayar Cukai, Sajat Hadapi Pertuduhan Di Mahkamah

NAMA ahli perniagaan, Nur Sajat terpapar di senarai kes di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Rabu.

Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman dijangka menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 41(6) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014.

Prosiding pendakwaan dijalankan di hadapan Hakim Rofiah Mohamad dan dikendalikan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia selaku pendakwa.

Ahli perniagaan itu tiba di perkarangan mahkamah kira-kira pukul 9.25 pagi dengan memakai baju berwarna merah. – Sinar Harian