Semasa Sensasi Terkini

Gadis Anoreksia Bunuh Diri Terjun Ke Landasan Keretapi

Dek kerana terlalu taksub mahu kelihatan kurus, seorang gadis menjadi terlalu kurus hingga mendapat penyakit anoreksia.

Dia dimasukkan ke hospital psikiatri untuk rawatan. Namun, setelah lima hari keluar dari hospital, dia membunuh diri dengan terjun ke landasan keretapi dan dilanggar oleh kenderaan berat berkenaan hingga mati. Kejadian berlaku di stesen keratapi Gatley, Greater Manchester.

Sebelum itu, ibu bapa Pip bimbang melihat anak gadisnya terlalu obses untuk kurus. Setiap kali anaknya melihat cermin, dia akan bertanya adakah di dagunya ada lemak.

Malah, Pip juga terlalu berdiet dan sentiasa mahu bersenam. Dia menyertai acara larian dan kelab tinju dan hanya makan sedikit sahaja.

Ibu bapanya perasan tentang perubahan tersebut pada tahun 2012 dan mula mencari penasihat perubatan untuk anak mereka.

Pip selepas pulih dan keluar dari hospital

Selepas pulang Pip bertengkar dengan keluarganya mengenai kekerapan lawatan ke gim. Mungkin disebabkan tekanan, Pip membunuh diri. Setelah Pip mati, ibunya menubuhkan Yayasan Pip untuk ABC Anorexia & Bulimia Care.

Mengambil masa selama tiga tahun untuk pulih

Dalam halaman JustGiving untuk menyokong yayasan tersebut, ibunya telah menulis ‘’anak perempuan saya Pip telah mengambil hidupnya sendiri pada 9 Disember 2015 ketika berusia 15 tahun.

Ibunya juga berkata dia tidak mahu kematian Pip menjadi sia-sia. Dia juga berharap orang ramai menghulurkan sumbangan untuk membantu pesakit-pesakit anoreksia dan bulimia.

Justeru buat ibu bapa, awasilah tingkah laku anak-anak anda. Gadis zaman kini memang sentiasa mahu kelihatan kurus hingga sanggup tidak makan. Jangan sampai terkena anoreksia sudah!-KLICK.MY