Hiburan Sensasi Terkini

Fynn Jamal Kongsi Luahan Mangsa Kena ‘Skodeng’ Ayah Kandung

SUKAR dibayangkan bagaimana seorang ayah kandung tergamak mengintai anak dara sendiri mandi. Apa agaknya yang ada dalam fikiran ketika dia mengintai darah dagingnya itu?

Lelaki seperti ini tidak layak dipanggil ayah tetapi syaitan!

Sebelum ini pun, kita pernah digemparkan dengan kisah seorang ayah merogol dan meliwat anak sendiri lebih daripada 600 kali termasuk melakukan perbuatan keji itu di Tanah Suci.

Berkaitan: Bapa didakwa rogol, liwat anak 600 kali

Kes haruan makan anak ini seolah-olah tidak pernah berhenti. Kelmarin, penyanyi Fynn Jamal memuat naik luahan mangsa ‘skodeng’ (intai) bapa kandung sendiri.

Menurut mangsa, dia baru dapat tahu ayahnya mengintai ketika dia mandi. Setelah perbuatan ayahnya itu terbongkar, ayahnya hanya meminta maaf sahaja.

Walaupun ayahnya sudah meminta maaf, dia masih tidak boleh menerima perbuatan keji tersebut dan merasa tidak selamat.

Justeru, dia meminta pendapat daripada Fynn apakah yang patut dilakukan untuk mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

Menurut Fynn, dia memberi dua pilihan apa yang patut dilakukan apabila ada ahli keluarga yang cuba berbuat jahat.

GET. OUT. OF. YOUR. HOUSE. . it has stopped being your home the moment all this began. . pilihan yg wujud apabila kau sedari kau dijahati ahli keluarga sendiri ada dua: . 1) cakap 2) keluar . pilihan pertama: speak up . akan ada dua kemungkinan. 1) kena tuduh menipu 2) diberitahu yg mereka tau . pilihan kedua: get out . boleh explain kenapa pd famili. boleh juga tak explain. just cakap pada famili yg kita minta perlindungan. nenek. atok. makcik. sapa2. tell them so you can get out. . ye. kemungkinan org tak percaya tu ada. nak pulak kita jenis nakal. ada je drama dari dulu. so nak cerita— siapa je nak percaya. . so bila kau rasa TAK ADA SATU PUN yg sudi nak dengar masalah kau— ada dua pilihan. . 1) polis 2) talian nur . report polis tak semestinya akan ada tangkapan. kdg2 dia bantu buat siasatan. kalau nak mengadu dan kaunseling, call talian nur di 15999. dari mana2 jenis fon. JUST CALL. . tell them what you feel. rasa tak selamat. rasa takut. rasa apa sahaja. . KECUALI rasa kotor. sebab for whatever reasons kau dijahati— it is THE RIGHTS of the child to feel safe at home. . it is YOUR RIGHTS to feel safe. . may الله save us all, my darling sisters, from the evil doings of our family members nauzubillah. . and mothers, stay alert. dan SEBAGAIMANA kau sayang suami kau— please dont call your children liars when they go to you. . the least you can do is siasat sama2. . kalau tak mampu buat apa2— listen. . sorry guys. so emotional today. sbb selalu sgt dpt kes macam ni. last2 anak tu kena je hadap. sbb takde tempat nak pergi. . end up pregnant. pastu aku kena uruskan lagi. . allahu akbar. ya الله, save us from ourselves.

A post shared by فصبر جميل (@fynnjamal) on

Fynn juga menasihati mangsa agar membuat laporan polis dan hubungi Talian Nur untuk mangadu dan mendapatkan kaunseling.

Selain itu, Fynn berharap golongan ibu sentiasa peka dan jangan curigai anak-anak apabila mereka mengadu masalah kepada anda.

Sama-samalah kita mencegah sumbang mahram yang semakin menjadi-jadi dewasa ini. Amat berbahaya sekiranya manusia seperti ini berada di bawah satu bumbung. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen