Gaya Hidup Terkini

Fungsi Terbaharu Facebook, Boleh Cari Pasangan Melalui ‘Dating’

SETIAP  tahun Facebook (FB) akan menganjurkan satu persidangan besar-besaran dikenali sebagai F8.

Fokus utama F8 adalah memperkenalkan teknologi terbaru dan hala tuju pada laman sosial berkenaan.

Untuk makluman, persidangan F8 pertama diadakan pada 24 May 2007 di San Francisco, California.

Bagi tahun ini FB masih meneruskan pembangunan ciri dan fungsi laman sosial mereka.

Namun kini lebih tertumpu kepada hubungan sesama manusia kerana menurut pengasas FB, Mark Zuckberg satu daripada tiga perkahwinan di Amerika Syarikat terhasil daripada media sosial.

Malah terdapat 200 juta pengguna menetapkan mereka masih single di FB.

Justeru, FB kelmarin telah mengumumkan fungsi baru dikenali sebagai Dating bagi membolehkan pengguna mencari pasangan sejati.

Jadi apa yang membezakan Dating berbanding aplikasi yang tersedia ada seperti Tinder?

Menurut Mark, mereka mahu mewujudkan hubungan yang lebih bermakna berbanding aplikasi lain.

Menerusi fungsi Dating ini, pengguna FB diminta untuk membuka satu lagi profil khas daripada profil utama.

Ini bermakna, terdapat dua profil di dalam satu media sosial. Profil baru akan digunakan khusus untuk anda berdating dan membina suasana romantik.

Bagi membezakan kedua-dua profile ini, Dating akan menggunakan nama pertama anda manakala rakan FB sedia ada tidak akan muncul sebagai pasangan yang berpontesi.

Dating juga akan mempunyai ‘inbox’ yang hanya membenarkan anda menghantar teks sahaja.

Gambar dan link tidak dibenarkan sebagai langkah keselamatan on FB. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen