Hiburan Terkini Viral

Followers Instagram Yusuf Iskandar Cecah 1 Juta!

Wah, tahniah diucapkan kepada anak kepada pasangan popular Hairul Azreen dan Hanis Zalikha iaitu Yusuf Iskandar apabila Instagramnya, theyusufiskandar sudah mencecah 1,000,000 orang followers atau pengikut!

Maklumlah anak orang popular mestilah ramai pengikut. Tahniah juga diucapkan kepada Hanis dan Hairul kerana berjaya menarik perhatian orang ramai dengan pengisian momen-momen kehidupan harian Yusuf di Instagram.

Paling diingati sudah tentu momen Yusuf bersama kucing kesayangannya. Rata-rata followers tidak akan melepaskan peluang menatap setiap gambar-gambar Yusuf di Instagram. Wajahnya yang comel serta gelagatnya yang mencuit hati, sudah tentu menarik perhatian.

Malah setiap perkongsian klip video gelagat Yusuf akan mendapat ratusan ribu like. Seronoknya kecil-kecil lagi sudah ramai peminat. Beruntungkan jadi anak artis popular ini.-KLICK.MY