Hiburan Sensasi Terkini

#Fattzura Tunai Janji Jemput Peminat Ke Resepsi Khas Ahad Ini

SEPERTI yang dijanjikan oleh pasangan pengantin baru Fattah Amin dan Fazura kepada peminat, mereka telah menjemput 5,000 peminat bertuah untuk hadir ke majlis resepsi khas mereka pada Ahad ini.

Majlis dijadualkan berlangsung di Royal Palace, Subang dengan tema pakaian tradisional.

Mereka mengedarkan foto kad jemputan berwarna biru dan putih ke majlis itu di laman Instagram masing-masing semalam.

Ini antara respon peminat di laman Instagram:

Sudah pasti peminat tidak sabar dan teruja mahu menyaksikan selebriti kesayangan mereka bersanding di depan mata sendiri, Ahad ini. –KLICK.MY