Hiburan Terkini

Fattah Amin & Fazura Buat Majlis Perkahwinan Untuk Peminat 11 Mac

PASTI ramai yang tidak sabar dan teruja menunggu hari persandingan pasangan suami isteri romantik, Fazura dan Fattah Amin yang bakal berlangsung pada 25 Februari ini.

Menurut Fazura majlis berkenaan bakal diadakan secara tertutup khas buat ahli keluarga dan jemputan rapat sahaja namun pasangan popular ini tidak terus melupakan peminat yang banyak mendoakan kebahagiaan mereka.

Majlis persandingan bersama peminat pula dijadualkan pada 11 Mac ini. Pastinya semua peminat mereka tidak sabar menanti tarikh penting itu.

“Saya minta maaf, majlis resepsi yang bakal diadakan pada 25 Februari ini akan diadakan secara tertutup untuk kedua-dua belah pihak keluarga sahaja. Namun saya dan Fattah akan adakan sebuah lagi majlis resepsi khas buat peminat kami pada 11 Mac ini.,’’ kata Fazura.

Sedang sibuk menguruskan persiapan untuk dua buah majlis resepsi, Fazura bagaimanapun sempat meluahkan rasa teruja untuk naik pelamin bersama Fattah, suami tercinta.

Pasangan itu berkahwin secara rahsia pada 27 November tahun lalu dalam satu majlis tertutup di ibu kota dihadiri teman rapat dan ahli keluarga sahaja. Pernikahan mereka diumumkan mereka di laman Instagram selepas tamat majlis itu. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.