Selebriti Sensasi Terkini Viral

Fathia Latiff Tak Puas Hati Akaun Media Sosial Disiasat

GARA-GARA menyalahi Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998, akaun media sosial milik pelakon Fathia Latiff bakal disiasat.

Perkara itu membuatkan Fathia meluahkan rasa tidak puas di akaun Instagram miliknya. Dia turut membuat pautan kepada @chedetofficial yang merupakan akaun rasmi milik Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dalam laporan disiarkan Kosmo! Online berkenaan perkara ini, Fathia turut menyertakan satu notis yang dihantar kepadanya untuk hadir memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Bagaimanapun penghantar notis, lokasi dan tarikh siasatan tidak dipaparkan.

“Saya mahu seluruh dunia melihat apa yang mereka lakukan kepada saya. Saya pun sudah padam akaun Twitter dan sudah lama tidak kemas kini akaun itu. Saya perlukan pengawal peribadi,” tulisnya.

Rata-rata netizen berpendapat, punca akaun media sosial milik pelakon drama Ariana Rose itu bakal disiasat berkemungkinan disebabkan dia kerap mengeluarkan kenyataan dangkal di Twitter.

Bagaimanapun, perkongsian berkenaan telah dipadam selepas satu jam ianya dimuat naik.

Sekitar penghujung tahun lalu, Fathia kerap memuat naik status memuji Dr Mahathir malah pernah menyifatkan mana-mana individu yang melupakan jasa bekas Perdana Menteri itu sebagai kacang lupakan kulit.

Tak salah untuk menyokong sesiapa pun kerana ini sebuah negara demokrasi. Namun kita semua mesti berfikir semasak-masaknya sebelum mengepos sesuatu di media sosial terutama apabila anda mempunyai pengikut tersendiri kerana jika tersilap, impaknya lebih besar berbanding individu biasa. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.