Hiburan Sensasi Terkini

Fathia Latiff Mohon Padam Video Tariannya Di Beego Live

PELAKON Fathia Latiff benar-benar menyesal atas ketelanjurannya menari ghairah dalam aplikasi Beego Live beberapa bulan lalu dan memohon semua pihak yang pernah memuat naik video tariannya itu memadam rakaman berkenaan.

Menurut Fathia, dia mengakui kesilapannya itu dan ia merupakan pengajaran besar buat dirinya.

“Saya mohon sesiapa yang ada memuat naik video live Bigo itu untuk padam rakaman tersebut. Saya sedar kesilapan lalu dan tak mahu lagi video itu terus berada di laman sosial terutama YouTube.

Saya tak mahu generasi saya akan datang menonton video tersebut. Kesilapan itu telah menjadi iktibar dan pengajaran yang sangat berguna,” katanya kepada mStar Online.

Nekad mahu berubah, dia tidak mahu lagi dibayangi kesilapan lalu dan mahu terus pandang ke hadapan.

“Saya kena teruskan kehidupan dan tak nak fikir lagi fasal kontroversi lama. Kalau fikir benda tu ia hanya akan membuatkan saya semakin ke belakang. Apa yang saya nampak, kesilapan dulu membuatkan saya jadi lebih baik dan merupakan satu anjakan dalam hidup supaya saya tak mengulanginya lagi,” katanya.

Fathia bakal muncul dengan single baharu selain dikhabarkan bakal memulakan pengambaran drama tidak lama lagi. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen