Hiburan

Fathia Latiff, Keluarga Terkandas Di Jerman Akibat Cuaca Buruk

PERCUTIAN Fathia Latiff bersama keluarganya ke London berdepan masalah gara-gara cuaca buruk yang melanda.

Menurut Fathia, dia bersama keluarganya terkandas di Jerman ketika dalam perjalanan menuju ke Switzerland.

Jelas selebriti berusia 31 tahun ini menerusi akaun media sosialnya, dia sekeluarga sepatutnya mendarat di Switzerland, namun kerana cuaca yang kurang elok, pihak penerbangan mengambil keputusan mendarat di Jerman.

Bagaimanapun lebih malang lagi, dalam keadaan yang tidak dijangka itu, beg yang mengandungi barang peribadi mereka termasuk ubat bapanya tidak dapat dikesan.

“Mereka akan mendapatkan kami bus dan kami akan ke Switzerland dengan menaiki bus. Bagaimanapun, luggage kami tidak dapat dijumpai.

“Ini kali kedua saya tidak mendapat luggage ketika ketibaan dan berharap pihak penerbangan dapat berbuat sesuatu,” tulisnya kira-kira jam 1.20 pagi tadi.

Mengikut semakan, perjalanan menaiki bus dari Jerman ke Switzerland memakan masa hampir tujuh jam.

Menerusi perkongsian di Insta Stories Instagramnya kira-kira jam 7 pagi tadi, pelakon yang terkenal dengan drama Ariana Rose itu sudah selamat tiba di bandar St. Gallen, Switzerland. –KLICK.MY

Sumber: Sinar Harian Online

 

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.