Hiburan

Fathia Latif Pertahankan Pendapat, Wany Hasrita Tak Layak Menang

BARU-BARU ini pelakon yang sering mencetuskan kontroversi, Fathia Latiff dengan lantang mempertikaikan kemenangan Wany Hasrita sebagai Artis Paling Popular Anugerah Bintang Popular (ABPBH31) pada Ahad lalu.

Pandangannya itu dikongsi di Instagram namun memadamnya selepas itu. Manakala menerusi sebuah portal hiburan, Wany mempertikaikan tindakan Fathia memadam status tersebut dan beranggapan pelakon itu tidak tetap dengan pendiriannya.

Terbaharu menerusi laporan mStar Online, Fathia mempertahankan pendapatnya itu dan bertegas bahawa dia berhak menyuarakan pandanganya mengenai kemenangan pelantun lagu Menahan Rindu itu.

Menurut Fathia, Wany tidak layak memenangi anugerah tersebut kerana masih ramai lagi artis yang lebih popular.

“Saya berhak untuk bersuara dan berhak untuk memberi pandangan mengenai kemenangan Wany sebagai Bintang Paling Popular.

“Sejujurnya, saya tidak ada masalah atau bergaduh dengan dia pun. Cuma, dia belum lagi layak untuk menang dan saya tidak berpuas hati dengan sistem keputusan pada malam itu.

“Sebab masih ramai lagi selebriti yang dah lama dalam industri ini lebih terkenal daripada dia,” katanya.

Sementara itu, berkenaan tindakannya memadam kenyataan yang dimuat naik di lInstagramnya kerana menghormati peminat Wany dan tidak mahu laman sosialnya itu kurang menarik dengan posting berkenaan.

“Saya padam kenyataan di laman sosial itu kerana berfikiran saya perlu menghormati peminat-peminat Wany.

“Selain itu, saya tak nak foto di Instagram saya kurang cantik dengan adanya posting tersebut.

“Tapi walaupun saya dah padam, saya tetap dengan pendirian yang Wany memang tidak layak untuk memenangi anugerah tersebut,” ujarnya.

Dalam posting terbaharu Fathia di Instagram, dia memuat naik gambarnya ketika memenangi Anugerah Pelakon Wanita Popular ABPBH29.

Semoga Wany sabar dan kuatkan semangat. Beginilah resam kehidupan sebagai artis lebih-lebih lagi kalau anda popular dan dikenali ramai. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.