Gaya Hidup Terkini

Fasih Berbahasa ‘Tamil’, Anak Azad Jazmin Curi Perhatian Netizen

ADA sahaja gelagat mencuit hati antara pelakon Azad Jazmin dan anaknya, Amarra Sofea Rose.

Sebelum inipun mereka sering menarik perhatian netizen dengan aksi lucu mereka.

Terbaharu, aksi Amarra Sofea berbahasa ‘Tamil’ ketika ditemu bual oleh Nabil Ahmad dan Neelofa dalam rancangan MeleTOP.

Mereka sekeluarga; Azad, Eira Syazira dan Ammara Sofea dijemput oleh pihak MeleTOP.

Sebelum itu, MeleTOP dalam Instagramnya ada memuat naik video promosi rancangan tersebut.

Rata-rata yang menyaksikan video itu mengakui kagum dengan bakat Ammara yang fasih berbahasa ‘Tamil’.

Ketika disoal jawab oleh Nabil dan Neelofa, Ammara menjawabnya dalam bahasa ‘Tamil’ hingga membuatkkan dua pengacara ini terkedu dan ketawa.

Lebih mengejutkan, sebenarnya Ammara Sofea yang kelihatan fasih berbahasa ‘Tamil’ sebenarnya tidak memahami apa yang dituturkannya itu.

Perkara itu diberitahu sendiri oleh Azad. Pendedahan itu kemudiannya disambut deraian ketawa pengacara, tetamu dan penonton. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.