Hiburan Sensasi

Fasha Sandha Tidak Sengaja Bagi Tahu Sari Yanti Hamil

SEMALAM Fasha Sandha secara tidak sengaja mendedahkan berita kehamilan rakan artis, Sari Yanti di Instagram.

Menerusi posting tersebut, Fasha meluahkan rasa gembira bertemu pelakon itu bersama dengan kapsyen “preggy mom” — merujuk kepada Sari Yanti.

Kapsyen tersebut mengundang pertanyaan netizen yang terkejut dengan berita tersebut kerana sebelum ini Sari tidak pernah memberitahu khalayak ramai tentang berita kehamilannya.

Sama ada benar Sari hamil ataupun tidak, hanya empunya badan sahaja yang dapat mengesahkannya. Jadi, kita tunggu sahaja kenyataan daripada Sari.

Kalaulah benar, tahniah kami ucapkan kepada Sari dan Jep Sepahtu.

Pasangan popular ini mendirikan rumah tangga pada Februari tahun lepas.

Sebelum berkahwin dengan Jep, Sari mempunyai dua anak hasil perkahwinan terdahulu. –KLICK.MY