Hiburan

Fasha Sandha Kena Kecam Kerana Makan Di Restoran Jual Arak

PELAKON yang sedang diulit bahagia, Fasha Sandha semalam memuat naik video di mana dia sedang menjamu selera di sebuah restoran.

Menurut Fasha, orang ramai perlu datang ke restoran tersebut kerana makanan yang disediakan begitu sedap.

Walaupun tidak memakai mekap yang tebal, Fasha kelihatan begitu cantik sekali.

Namun, ibarat mata pedang, mata netizen yang tajam perasan ada sesuatu yang tidak kena dalam video berkenaan.

Di sudut belakang Fasha, kelihatan tempat meletak minuman keras. Netizen mula mempersoalkan sama ada restoran tersebut halal atau tidak kerana minuman keras turut dihidangkan.

Soal halal dan haram mula menjadi perbalahan antara netizen. Ada yang kata halal dan sebaliknya.

Menjawab pertanyaan itu, Fasha menerusi ruangan komen menjelaskan restoran tersebut halal walaupun menyediakan minuman keras.

Malah katanya konsep tersebut sama seperti di hotel yang menjual makanan halal tetapi dalam masa yang sama turut menyediakan minuman keras.

Sama ada halal atau tidak, biarlah pihak yang arif menjelaskan isu ini. Jangan mudah menjatuh atau meletakkan hukum halal atau tidak seandainya kita tidak begitu pasti. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.