Hiburan

Fasha Sandha Dedah Fazura Tidak Pernah Lupa Hadiahkannya Baju Raya

SAHABAT adalah orang yang sentiasa ada di sisi pada saat kita gembira dan sedih.

Namun bukan senang untuk mencari sahabat dalam zaman yang penuh dengan fitnah ini.

Bercerita mengenai sahabat, pelakon Fasha Sandha baru-baru ini telah mendedahkan sisi baik sahabatnya yang juga pelakon terkenal, Nur Fazura atau Fazura.

Pelakon drama Teratai Kemboja ini mendedahkan Fazura tidak pernah terlepas daripada menghadiahkan baru raya setiap kali tibanya Syawal.

Fasha memuat naik perbualan mereka menerusi aplikasi WhatsApp di Instagram.

“Inilah di antara sebab-sebab sahabatku seorang ini sentiasa dimurahkan rezeki dan bahagia selalu.

“Beliau yang ku kenali sejak zaman modelling masa umur 18 tahun, seorang yang pemurah hati. Dulu sampai sekarang sama je.

“Sejak I jadi ibu tunggal ni, Faz tak pernah lupa nak hantar baju raya setiap tahun.

“Syukur Alhamdulillah, ramai insan yang berhati mulia seperti beliau. Thank You Faz. Thank You juga to Fattah.

“Semoga dimurahkan rezeki selalu dan cepat dapat baby. Amin,” tulis Fasha.

Perkongsian menyentuh hati itu mendapat pujian daripada netizen dan mendoakan pasangan Fattah dan Fazura terus dimurahkan rezeki.

Semoga persahabatan mereka terus kekal buat selama-lamanya. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.