Hiburan Sensasi Terkini Viral

Fasha Dedahkan Dia Masih Diganggu Bekas Suami

Pelakon popular, Fasha Sanda telah memuatnaik beberapa bukti menunjukkan bekas suaminya, Jejai masih terus mengganggu hidupnya walaupun sudah berpisah.

Dalam nada yang agak keras, Fasha mendakwa dia sudah lama bersabar dengan hal berkenaan dan kalau boleh tidak mahu ia menjadi pengetahuan ramai.

Namun setiap kesabaran ada hadnya. Akibat sering diganggu akhirnya dia sudah tidak boleh tahan lagi. Walaupun tidak menyatakan nama siapa yang mengganggunya, sudah pasti ramai yang dapat meneka siapakah yang dimaksudkan oleh Fasha.

Selain itu juga Fasha menjelaskan dia sudah beberapa kali cuba menjauhkan diri daripada lelaki tersebut agar mereka tidak lagi bersama. Sebelum ini, Fasha menerima pelbagai cacian, herdikan serta hasutan daripada pihak berkenaan.

Katanya lagi, masih banyak lagi bukti yang akan didedahkan sedikit demi sedikit agar ramai yang tahu apakah yang berlaku sebenarnya.

Semoga apa yang berlaku ke atas Fasha dapat diselesaikan dengan cara baik demi anak-anak. Kami di sini percaya Fasha seorang wanita dan ibu yang cekal dan kuat. Namun bak kata pepatah, janganlah dijolok sarang tebuan.-KLICK.MY