Hiburan Terkini

Farid Kamil Depresi, Ada Masalah Peribadi Dan Kerjaya – Sofi Jikan

SEBAGAI sahabat yang rapat dengan Datuk Farid Kamil pelakon Sofi Jikan memohon orang ramai tidak memberikan tekanan kepada Farid selepas insiden positif dadah dan menyerang polis di balai polis Trafik, Kota Damansara semalam.

Menurut Sofi, Farid sedang mengalami tekanan perasaan berikutan masalah peribadi dan kerjaya sehingga bertindak di luar kawalan.

Mungkin Sofi boleh dikatakan individu yang mengetahui kisah sebenar mengenai Farid kerana beberapa jam sebelum ditangkap Farid berada dalam rakaman Bigo Live bersamanya.

“Dia seorang yang baik dan saya antara orang yang rapat dengan beliau dan boleh dianggap sebagai abangnya. Dia berdepan dengan pelbagai masalah dan sedang dalam depresi.

“Saya sedih bila ramai yang mengecam dia dengan pelbagai tohmahan sedangkan tidak tahu apa sebenarnya terjadi. Kita tidak tahu apa yang terjadi, lebih elok tunggu dia keluar dan bagi keterangan,” ujarnya dalam laporan disiarkan mStar Online.

Berkaitan: Video Farid Nampak 'Stone' Di Bigo Live Sebelum Ditahan Polis Tersebar

Semalam, kecoh di media sosial apabila tersebar berita suami Diana Danielle itu ditahan polis kerana mengamuk serta menyerang dua orang awam dan seorang anggota polis.

Image result for faridkamil di balai polis

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, Farid telah hadir ke balai polis bersama seorang rakan untuk membuat laporan berhubung kes kemalangan jalan raya.

Pelakon dan pengarah itu bagaimanapun tiba-tiba bertukar berang selepas menunjukkan mesej aplikasi Whatsapp berbunyi ‘300 Artis Hutang Ah Long’ dan mula menyerang anggota polis serta orang awam di sana.

Farid kini ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 kerana berkelakuan tidak senonoh di balai polis serta Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana perlakuan yang menyebabkan kecederaan.

Sementara itu Sofi menambah, Farid pernah menyatakan hasratnya mahu memperjuangkan nasib artis yang berdepan dengan masalah hutang ah long.

“Farid mempunyai semangat untuk membela nasib artis dan dia sangat sensitif bila ada isu berkaitan seperti berita ‘300 artis berhutang dengan ah long. Mungkin juga berlaku provokasi hingga dia bertindak demikian,” ujar Sofi.

Dalam pada itu, netizen yang tidak sabar mahu mengetahui hal sebenar menyerbu ruangan komen laman Instagram Farid dan isterinya Diana Danielle dengan pelbagai pertanyaan dan kecaman.

Related image

Diana Danielle bagaimanapun bertindak menutup ruangan komen di laman Instagramnya.

Sama-sama kita nantikan perkembangan selanjutnya, semoga ia berakhir dengan baik. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen