Hiburan Terkini

Farid Ada Masalah Mental Kerana Tak Dapat Jumpa Anak – Adik

BERKELAKUAN pelik hingga mengheret dirinya ke lokap polis, ramai peminat pasti tertanya-tanya kenapa Farid Kamil bertindak sedemikian.

Adik lelakinya Fadzil Zahari memberitahu mStar Online bahawa abangnya itu mungkin mengalami masalah mental atau tekanan perasaan kerana tidak dapat bertemu dua anaknya sudah dua hari.

Fadzil, 34, berkata, aktor berkenaan mengadu sudah lama tidak bertemu dengan dua orang anaknya iaitu Muhammad dan Nur Aurora.

“Saya bertemu Farid tiga hari sebelum dia ditahan dan dia ada mengadu katanya tidak bertemu dengan anak-anaknya sudah dua hari.

“Masa jumpa dekat balai pun dia tanya soalan sama, memang dia merindui anak-anaknya. Ada juga kemungkinan Farid mempunyai masalah mental atau tekanan perasan,” kata Fadzil yang juga merupakan suami kepada pelakon Yana Samsudin.

Fadzil ditemui di Kompleks Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini ketika Farid direman selama empat hari mulai hari ini.

Ditanya tentang isteri Farid iaitu Datin Diana Danielle, Fadzil berkata, aktres itu tidak dapat dihubungi sejak mengetahui perkara yang berlaku pada Farid.

“Saya rasa pihak sana (Diana) pun sudah bersuara kepada media semalam. Diana tidak dapat dihubungi, saya pun tak pasti mengapa dia tidak dapat hadir sedangkan Farid memerlukan sokongan,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi adiknya, Anis Anwar berkata, Farid sudah lama menanggung tekanan perasaan dan keluarga tidak mengetahuinya kerana pelakon itu seorang yang terlalu berahsia.

Tambahnya, buat masa ini Farid memerlukan sokongan orang terdekat dan mereka ada merancang untuk membawa pelakon itu mendapatkan rawatan kaunseling.

“Tekanan itu sudah lama Farid tanggung. Dia seorang perahsia dan tidak mahu beritahu masalah yang dialami kerana tidak mahu menyusahkan keluarga dan sekarang ia berlanjutan hingga ke tahap ini

“Farid bukan seperti yang dikatakan dan yang diviralkan. Apa yang orang kata tentang dia semuanya tidak benar. Buat masa sekarang dia memang sangat memerlukan sokongan daripada orang paling rapat dengannya,” ujarnya.

Farid dan Diana berkahwin pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 5, dan Nur Aurora, 3.

Image result for komen farid kamil raya berasingan dengan diana danielle

Terdahulu, Farid ditahan reman pada Jumaat bagi membantu siasatan berhubung kes mengamuk dan menyerang seorang anggota polis serta dua orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara di sini pada Khamis.

Majistret Zakir Asyraf Zubir membenarkan permohonan itu dan memerintahkan Farid, 37, direman selama empat hari bermula Jumaat hingga Isnin. –KLICK.MY

Sumber: mStar Online

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen