Hiburan Terkini

Faizal Tahir Tawar Diri Nyanyi Percuma Di Majlis Kahwin Jika..

DALAM sesebuah majlis perkahwinan, adakalanya pasangan raja sehari berangan-angan mahu menjemput penyanyi yang diminati untuk membuat persembahan namun kerana memikirkan belanja tinggi, cukuplah sekadar menyediakan set karaoke dinyanyikan saudara mara sahaja.

Bayangkan sekiranya penyanyi tersohor Faizal Tahir sudi hadir ke majlis perkahwinan anda sekaligus membuat persembahan dan ianya percuma! Pasti gempak kan?

Ini tidak mustahil kerana Faizal Tahir baru sahaja tampil dengan single terbaharunya ‘Menang’ dan sempena pelancaran lagu ini dia ingin menghadiahkan penampilan khasnya di majlis perkahwinan pasangan bertuah.

Lagu ciptaan Faizal bersama Mike Chan dan Ezra Kong ini mengisahkan pasangan yang saling mencintai antara satu sama lain, lalu sedia menerima lamaran kekasih hati yang menerima kekurangan pasangan seadanya sehingga ke akhir hayat sebagai peneman hidup.

Hayati lagu ‘Menang’ di bawah:

Selaku pengedar, Warner Music (M) Sdn. Bhd. menawarkan kemunculan khas dan istimewa Faizal Tahir sendiri di hari bahagia mana-mana pasangan raja sehari yang bertuah dengan syarat mereka perlu menyertai pertandingan ‘Menang’ ini.

Para peserta hanya perlu memuatnaik gambar sendiri di Instagram atau Facebook berlatarbelakangkan lagu ‘Menang’ serta slogan “Saya nak kejutan dari Faizal Tahir di Majlis Perkahwinan ini kerana.. ” dengan tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Sertakan juga #MenangFT sambil mengikuti dan tag Instagram @warnermusicmy .

Lagu ‘Menang’ boleh dimuat turun di semua digital platform Apple Music, iTunes, Spotify, JOOX, Yonder Music dan KKBox. Ini pautan untuk lagu ‘Menang’ di digital platform: https://wmm.lnk.to/MenangFT

Pastikan akaun Instagram dan Facebook tidak private dan hanya satu pemenang akan dipilih! Cepat tunggu apa lagi? Bila lagi nak lihat Faizal Tahir di hari bahagia anda?

Teringat pula video muzik kumpulan Maroon 5 ‘Sugar’ yang membuat penampilan istimewa di beberapa majlis perkahwinan secara kejutan sehingga pasangan pengantin seolah-olah tidak mampu berkata-kata akibat terlalu gembira dan tidak sangka.

Ramai yang menyangka video muzik itu real namun sebenarnya lakonan semata-mata.

Tarikh tutup penyertaan ‘Menang’ adalah pada 11 Disember 2017 ini, jadi pasangan bakal berkahwina boleh cepat sertai, manalah tahu rezeki berpihak kepada anda. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen