Semasa Sukan Terkini Viral

Faiz Share Teks Ucapan Yang ‘Hilang’ Di Puskas

KELMARIN, sekali lagi sukan telah menyatukan rakyat Malaysia apabila pemain bola sepak negara kelahiran Pulau Pinang, Faiz Subri, 29, dinobatkan sebagai penjaring gol paling cantik sepanjang 2016 di Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa).

Boleh dikatakan, sebahagian besar rakyat Malaysia turut berbangga menyaksikan detik-detik pengumuman kemenangan Faiz berkenaan.

Tapi kalau perasan, Faiz yang tidak dapat menyembunyikan gementarnya di majlis berkenaan kelihatan bungkam seketika ketika berada di hadapan mikrofon.

Agak lama masa diambil beliau untuk skroll telefon bimbit yang dikeluarkannya hinggakan pengacara majlis sempat bertanya, “Do you need the help?”

Menerusi Twitter, Faiz kemudiannya mengakui beliau amat nervous ketika berada di hadapan khalayak ketika itu lantas berkongsikan teks ucapannnya.

Jom tengok apa sebenarnya yang nak diucapkan Faiz pada malam bersejarah tersebut.

Meskipun terdapat segelintir netizen yang mempertikaikan Bahasa Inggeris Faiz yang kononnya ‘kelaut’ mereka sepatutnya malu kerana memandang hero negara ini dari sudut negatif.

Ini kerana penyanyi nasyid antarabangsa yang tinggal di German, Issam Bayan turut memuji Faiz, bukan sahaja kerana kehebatannya dalam sukan bola sepak tetapi juga kerana ucapan As Salamu Alaykum yang dituturkannya di pentas berprestij berkenaan.

Tahniah Faiz Subri! Semoga lebih ramai lagi rakyat Malaysia akan menuruti jejak langkah Faiz selepas ini.