Sensasi Terkini Viral

Erni Zakri Jawab Tuduhan Vokal ‘Terkucil’ Ketika Menyanyi Di MHI

SEMALAM tersebar sebuah video menunjukkan penyanyi Erni Zakri “terkucil” ketika menyampaikan lagu Misteri dalam rancangan Malaysia Hari Ini (MHI).

Video tersebut dimuat naik oleh pengendali Facebook (FB) Muzik Kita. Menurut pengendali FB berkenaan, pemenang Vokal Terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) ini tergolong dalam kelompok penyanyi generasi muda yang terlalu menunjuk dalam nyanyian sehingga membuat kesilapan.

Bagaimanapun, Ernie tidak melatah apabila “membidas” secara berhemah teguran Muzik Kita itu di samping memohon maaf atas kesilapannya.

“Kalau video berkenaan dimuat naik daripada awal mungkin lebih adil untuk saya. Kalau hanya muat naik bahagian terkucil saja, saya dengar sendiri pun tergelak.

 “Apa pun, saya mengaku kesilapan ini. Saya tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak. Saya juga manusia biasa.

“Menyanyi waktu pagi untuk lagu ini agak mencabar. Sangat berbeza apabila saya menyanyikan lagu Jangan Marah seperti sebelumnya.

“Insya-Allah, saya masih belajar. Saya akan perbaiki kesilapan. Terima kasih atas komen anda,” katanya, seperti dilaporkan MH Online.

Erni juga menafikan dia cuba menunjuk kemampuan vokal yang dimilikinya seperti didakwa pengendali akaun FB itu.

“Terima kasih atas pendapat pengendali Muzik Kita. I’m not glass glitter, not even a diamond.

“Saya tidak cuba untuk membuktikan apa-apa dalam lagu ini. Nyanyian semi klasik yang saya cuba tampilkan bukan sekadar di dalam lagu ini.

“Saya sudah lama menerapkan pendekatan sebegini dalam apa jua lagu yang digalas termasuklah ketika menyertai pertandingan Duo Star. Itu pun kalau pengendali FB ini tengok,” katanya.

Rasanya tidak adil menuduh Erni dengan tuduhan sedemikian. Lagipun betul kata Erni, dia juga manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan. Bukan senang nak menyanyi pada waktu pagi.. tak percaya cubalah! –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen