Hiburan Sensasi Terkini Viral

Elly Mazlein Sindir Ex-Husben, Belum Beri Duit Persiapan Raya Sefhia

Perang dingin antara Elly Mazlein dan bekas suami, Azmi Hatta nampak gayanya masih belum reda. Namun, perang dingin itu berkaitan dengan soal perbelanjaan anak mereka, Sefhia.

Penyanyi dan juga pelakon ini telah memuat naik gambar beserta kapsyen seolah-olah menyindir bekas suaminya itu.

Menurut Elly, anaknya Sefhia atau nama penuhnya, Putri Sara Sefhia tengah menunggu duit untuk persiapan raya daripada seseorang. Namun, sehingga sekarang masih belum menerima apa-apa lagi.

Walaupun ayat yang ditulis tidak menyebut nama bekas suaminya itu, namun dapat diduga kepada siapakah ia dituju.

Apapun yang berlaku, semoga kedua-dua pihak dapat menyelesaikannya dengan baik terutamanya pada bulan yang mulia ini. –KLICK.MY