Hiburan Terkini

Elly Mazlein Nafi Besarkan Payudara, Hanya Bengkak Susu

PELAKON dan penyanyi Elly Mazlein atau lebih dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom menyangkal dakwaan mengatakan dia membesarkan payudaranya.

Menurutnya, payudara yang dimiliki adalah asli tanpa sebarang pembedahan atau ubah suai.

Ianya kelihatan besar disebabkan membengkak kerana menyusu badan untuk anaknya, Putri Sara Sefhia yang kini berusia dua tahun.

“Payudara saya asli. Saya tidak melakukan apa-apapun apatah lagi pembedahan. Sebenarnya ia nampak besar kerana saya diberikan rezeki mempunyai susu badan dan Alhamdulillah sampai sekarang anak saya masih menyusu badan,” katanya.

Sekiranya aset yang dimiliki itu dianggap sebagai simbol seks oleh pihak tertentu, dia tidak mempedulikannya.

“Saya tidak boleh menutup mulut orang daripada bercakap macam-macam. Malah saya juga bukan jenis yang cepat melatah,” tegasnya.

Sementara itu, dalam perkembangan terbaharu karier seninya, Elly akan bergandingan dengan penyampai radio Hot FM, Haziq Hussni untuk mengendalikan program realiti Mentor Otai yang bakal bersiaran di TV3 Ahad ini, 9 malam. –KLICK.MY

Sumber: mStar Online / HM Online

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen