Hiburan Selebriti Sensasi Terkini

Fathia Kongsi Gambar Elizabeth Tan Dengan Zul Ariffin.. Motif?

RAMAI yang beranggapan perangai dan tingkah laku pelakon Fathia latiff semakin pelik.

Sebelum ini dia memang diketahui sebagai artis yang lantang dalam menyuarakan tentang sesuatu.

Menggunakan media sosial untuk berinteraksi dengan orang ramai, kadang-kadang apa yang dilakukannya itu bagaimanapun tidak kena dengan situasi.

Terbaharu, tindakannya memuat naik foto Elizabeth Tan bersama Zul Ariffin di Instagram sambil mendoakan yang terbaik buat mereka mengejutkan penyanyi lagu Setia itu.

Sebelum ini, Fathia juga pernah mengaitkan nama Elfira di Twitter beserta muzik video rakaman semula lagu Di Matamu yang dinyanyikannya.

Berkaitan: Fathia Latiff Jawab Tuduhan ‘Petik’ Nama Elfira Loy Di Twitter

Tindakan Fathia memuat naik foto tersebut mendapat respon daripada empunya badan. Menurut Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy, dia berharap tidak ada pihak yang salah faham dengan perkongsian foto itu terutama kapsyen yang mengiringinya.

“Saya dimaklumkan pengurus mengenai perkara itu. Lucu ada… terkejut pun ada. Ini kerana tidak semena-mena Fathia memuat naik gambar saya dan Zul sedangkan kami sedang berlakon bersama.

“Saya tidak pernah berjumpa Fathia apatah lagi berkawan dengannya,” katanya, memetik laporan Berita Harian Online.

Tiga hari lalu, Elizabeth memuat naik foto memaparkan dirinya bersama Zul dipercayai dirakam di lokasi penggambaran filem Misteri Dilaila arahan Syafiq Yusof di Bukit Fraser, Selangor.

Fathia dipercayai membuat paparan skrin dan berkongsi foto yang sama, awal pagi semalam. Namun perkongsian itu sudah ditarik balik.

Sebelum ini, Zul menjadi bualan peminat selepas mengumumkan sudah putus cinta dengan pelakon, Zahirah Macwilson.

Berkaitan: Zul Ariffin Dedah Punca Putus Cinta Dengan Zahirah

Elizabeth berkata, perkongsian Fathia itu diharap tidak menimbulkan salah faham peminat atau individu yang rapat dengan aktor berkenaan.

“Biarpun tidak mengenali Fathia secara rapat, saya mendoakan yang terbaik buat dirinya,” katanya yang bakal tampil dengan dua single terbaharu selepas Aidilfitri.

Mungkin apa yang dilakukan oleh Fathia itu untuk meraih perhatian peminat. Namun tidak diketahui apa motif dia bertindak sedemikian. Takkan akaun kena godam kot! –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.