Hiburan Sensasi Terkini

Elfora Loy Yang Tergila Gilakan Sufian Suhaimi – Pengurus

RUPA-RUPANYA masih belum tamat cerita kontroversi antara Elfira Loy dan Sufian Suhaimi berkaitan punca mereka putus tunang.

Baru-baru ini ibu Elfira mengeluarkan kenyataan berkenaan wang hantaran dan memberi tip kepada Suhaimi bagaimana mahu menyimpan duit hantaran.

Kenyataan daripada ibu Elfira itu mendapat perhatian pengurus Sufian Suhaimi, Mahadhir Mohamad. Kemudian dalam satu ruangan komen bersama netizen, Mahazhir menceritakan apa yang berlaku.

Melalui ruangan komen tersebut, seorang netizen mempersoalkan adakah terlalu sukar atau tinggi untuk selitkan RM20 sehari dalam al-Quran.

Menjawab persoalan itu, menurut Mahadhir, semua itu adalah untuk menutup kelemahan sendiri.

Katanya lagi, artis jagaannya itu lebih daripada mampu untuk berbuat demikian tetapi dia menganggap perkara memberi tip sebagai satu strategi yang merendahkan akhlak Sufian.

Mahadhir turut menjelaskan, yang tergila-gilakan Sufian adalah Elfira. Pelakon berkening lebat itu yang sentiasa ingin bersama Sufian sehingga kerap membuat panggilan telefon tanpa henti.

Elfira juga didakwa sering mengikut Sufian ke mana sahaja hingga lewat malam dan awal pagi tanpa ditemani rakan dan keluarga.

Tambah Mahadhir, sifat Elfira tidak ubah seperti “perigi mencari timba” dan menafikan Sufian mencari pengganti.

Mahadhir memberitahu, ibu Elfira sendiri yang telah menghubungi bekas kenalan Sufian untuk sengaja mencari alasan memutuskan pertunangan.

Bukan itu sahaja, Mahadhir menegaskan yang terlalu menginginkan Sufian adalah Elfira namun ibunya itu yang telah memutuskan pertunangan mereka.

Seperti yang Sufian telah jelaskan beberapa kali, wang hantaran dan syarat yang ditetapkan pihak Elfira sebenarnya bukanlah alasan utama.

Semoga kemelut yang berlaku pada kedua-dua pihak dapat diselesaikan segera. Semakin anda bersuara, semakin banyaklah rahsia dan perkara yang tidak sepatutnya orang lain tahu, akan diketahui meskipun ianya aib yang sepatutnya ditutup. –KLICK.MY

Sumber: MH Online

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen