Hiburan Sensasi Terkini

Elfira Tak Sangka Paris Hilton Tolong Bagi Lighting Untuk Selfie

SELFIE bersama bintang terkenal Hollywood boleh dikatakan menjadi impian setiap orang namun peluang sebegitu bukan mudah untuk diperoleh.

Namun pelakon Elfira Loy memang beruntung kerana bukan sahaja dapat selfie dengan bintang terkenal Paris Hilton malah selebriti itu turut memberikan pencahayaan kepada selfie mereka.

Elfira berkata dia terkejut Paris tidak menolak untuk bergambar dengannya dan tidak sangka pewaris hotel Hilton itu membantu memberikan pencahayaan.

Dari itu, boleh disimpulkan Paris seorang yang sempoi dan tidak sombong sama sekali melayan peminat.

Nak meminta kebenaran berselfie pun kadangkala memerlukan keberanian dan keyakinan diri lebih-lebih lagi berhadapan dengan seseorang yang terkenal di seluruh dunia kan? –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.