Hiburan Sensasi Terkini

Elfira Loy Teruja Ambil Lesen Kereta

Amboi, terujanya pelakon cantik manis, Elfira Loy kerana impiannya untuk mengambil lesen kereta tercapai!

Dalam laman Instagramnya, Elfira telah memuatnaik gambar ketika dia sedang menjalani latihan parkir kereta.

Wah, lepas lulus ujian nanti pasti tidak perlu bantuan ornag lain lagi untuk ke sana sini. Maklumlah sudah boleh bawa kereta sendiri. Tetapi hati-hati ya Elfira kerana pemandu-pemandu di Kuala Lumpur ini agak ganas sikit.

Dalam Instagramnya itu juga, pelakon berkening redup ini sempat memuji guru memandunya yang dikatakan bagus mengajarnya memandu. Rata-rata peminatnya juga berkongsi kegembiraan dengan perkembangan terbaru artis ini.

Bertuah guru memandu yang dapat mengajar artis popular memandu kereta. Mahu tak menang tangan berswafoto untuk dijadikan kenangan.

Apa-apapun moga Elfira berjaya lulus dalam ujian memandu nanti. Biasanya bahagian naik bukit sering kali membuatkan pelajar memandu gagal terutamanya pelajar wanita. Betul tak?-KLICK.MY