Hiburan Sensasi Terkini Viral

Elfira Loy Mahu Pakai Baju Kurung Selama Sebulan Sepanjang Syawal

Hah, biar betul Elfira Loy kata dia nak pakai baju kurung selama sebulan sepanjang bulan Syawal! Tapi apa nak hairan kerana sebagai artis, itu adalah satu keperluan.

Memandangkan mereka perlu hadir ke majlis-majlis rumah terbuka atau hari raya, jadi bukan sesuatu yang janggal untuk memiliki baru raya lebih dari sepasang.

Menurut Elfira atau lebih mesra membahasakan diri sebagai El, tahun ini dia agak pening memilih baju raya memandangkan baju-baju yang dijual semuanya cantik.

Malah, bajunya sendiri pun tidak kurang juga cantik. Maklumlah pelakon berkening tebal ini mempunyai pakaian jenama sendiri iaitu el.elfiraloy. Patutlah dia kata nak pakai baju kurung selama sebulan.

Apapun, tidak dinafikan koleksi baju kurung keluarannya memang cantik dan sesuai dengan anak muda. Cuma, betul ke nak pakai baju kurung selama sebulan?

Semoga perniagaan El terus berkembang dan berjaya. Kalau buat rumah terbuka, jangan lupa jemput kami di sini ya. –KLICK.MY