Sensasi Terkini

Durian Paling Mahal, J-Queen Dari Indonesia Atasi Musang King Malaysia

KALAU di Malaysia durian paling mahal adalah jenis Musang King. Paling mahal pernah dijual berharga sekitar RM100 sebiji.

Namun tahukah anda raja buah yang paling mahal kini dipegang oleh durian berasal dari Indonesia bernama J-Queen.

Dikhabarkan, durian tersebut mungkin yang termahal di dunia apabila harganya mencecah RM4,000!

J-Queen dijual di sebuah pasar raya di Jawa Timur, Indonesia dengan harga 14 juta Rupiah, atau RM4,036.

Menurut laporan portal The Guardian, seorang pelajar psikologi bernama Aka didakwa orang yang bertanggungjawab menghasilkan durian itu melalui kaedah crossbreeding daripada pelbagai jenis durian yang diambil dari seluruh Indonesia.

“Niat saya adalah untuk meningkatkan pendapatan petani dengan mewujudkan sejenis durian yang hebat,” kata Aka yang mengakui mempunyai enam kebun durian di Jawa Timur.

Keistimewaan J-Queen, kata Aka, adalah ia hanya berbuah tiga tahun sekali dan setiap pohon hanya akan mengeluarkan tidak lebih daripada 20 biji buah durian.

Malah, Aka juga mendakwa buah durian itu mempunyai “sedikit rasa seperti mentega kacang”, lapor The Guardian. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.