Luar Negara Terkini

Durian Gergasi Jadi Tumpuan, Harganya Kini Mencecah RM8,000 Sebiji

RAJA buah, durian bukan sahaja menjadi kegemaran orang di Malaysia tetapi juga negara-negara jiran yang lain seperti Thailand.

Durian mempunyai pelbagai jenis dan rasa yang berbeza. Kalau di Malaysia, durian Musang King adalah yang paling mahal dan digemari.

Selain dimakan begitu sahaja, durian juga boleh dibuat pelbagai jenis makanan lain seperti bubur dan tempoyak.

Kini durian sering dijual mengikut timbangan. Semakin besar dan berat buah durian itu, maka makin tinggilah harganya.

Percaya atau tidak, di Thailand terdapat sebiji durian gergasi yang menjadi rebutan apabila nilai lelongannya kini telah mencecah lebih RM8, 000.

Pemilik buah berkenaan, Thanapon Chainok sebelum ini membuka lelongan pada harga RM1, 227.

Durian yang masih belum gugur itu memiliki saiz luar biasa dengan berat kira-kira 18 kg. Kalau dibandingkan dengan durian kampung, beza saiz dan beratnya begitu ketara.

Proses lelongan itu akan diteruskan sehingga 12 Ogos ini. Persoalannya, adakah rasa durian tersebut gah seperti mana saiznya? –KLICK.MY

Tag