Hiburan Terkini

Dulu ‘Ku Rela Dibenci’ Sekarang Aiman Tino Rela Ditampar?

KECOH di media sosial penyanyi Aiman Tino kena tampar dengan seorang pelakon senior. Kejadian tersebut berlaku ketika penggambaran drama bersiri Mak Cun arahan Erma Fatima.

Menurut Aiman, dia sendiri terkejut kerana tidak sangka ditampar oleh pelakon senior yang turut berlakon dalam drama tersebut, Fazlina Datuk Ahmad Daud.

Kepada peminat setia pelantun lagu Tak Rela Dibenci ini, jangan mudah melatah! Kejadian itu berlaku bukanlah kerana mereka bergaduh atau berselisih faham tetapi demi menjiwai watak yang dipegang oleh Aiman.

Dalam drama ini Aiman memegang watak Kumin iaitu anak kepada Fazlina. Aiman merelakan dirinya ditampar berulang kali demi mendapatkan emosi bagi watak tersebut.

“Saya kena berlakon adegan marah sambil menangis. Macam mana? Jadi Kak Fazlina bantu saya dapatkan emosi itu. Mula-mula terkejut sebab kena tampar tapi saya tahu itu demi lakonan.

“Tak marah pun, sebab saya sangat faham kehendak watak itu. Ingat senang berlakon tapi susah sebenarnya. Saya sangat seronok dan teruja dengan dunia lakonan,” katanya yang pertama kali terlibat dalam dunia lakonan.

Dalam pada itu Aiman berkata, dia tidak menyangka gurauan ibunya, Hazelina ketika berbual dengan Erma Fatima yang mahu dia berlakon dalam siri popular, Mak Cun menjadi kenyataan.

“Ibu saya saja bergurau tapi selepas itu, saya dapat tawaran. Tak kan nak tolak? Peluang dan rezeki tu,” katanya.

Kalau anda mahu melihat hebat atau tidaknya Aiman berlakon, kita tunggu drama ini disiarkan nanti. Namun menurut Erma Fatima di Instagramnya, dia tidak sangka Aiman boleh berlakon.

Wah, kalau Erma sudah kata Aiman boleh berlakon, maknanya memang dia boleh berlakonlah! Bukan calang-calang pengarah yang puji Aiman Tino. Tak gitu? –KLICK.MY