Sensasi Terkini Viral

Dua Lelaki Bergaduh Dalam Pesawat All Nippon Airways Cetus Panik!

Penumpang pesawat All Nippons Airways (ANA) dari Lapangan Terbang Antarabangsa Tokyo Narita ke Los Angeles telah dikejutkan dengan pergaduhan dua lelaki dewasa.

Insiden memalukan itu berlaku beberapa hari yang lalu dan telah dirakam oleh seorang penumpang bernama Corey Jam. Kemudian video berkenaan mula tersebar di laman sosial.

Dalam pada itu, kebanyakan penumpang memuji tindakan pantas dan berani pramugari yang cuba mengawal keadaan walaupun ia agak berbahaya.

Rakaman tersebut menunjukkan pergaduhan namun tidak diketahui apakah puncanya. Seperti yang dilihat, seorang lelaki berbaju merah kemeja Hawaii telah menumbuk seorang lagi lelaki berbaju hitam yang beradi di belakangnya.

Insiden itu cuba ditenangkan oleh pramugari yang bertugas. Seketika kelihatan lelaki berbaju merah berhenti dan menuju ke bahagian depan.

Kemudian tidak lama selepas itu dia kembali semula dan menyambung kembali pergaduhan tersebut. sekali lagi pramugari bertungkus-lumus menenangkan keadaan namun tidak berjaya. Rakaman video menunjukkan sampai setakat itu sahaja apabila Sam berhenti merakamnya.

Kejadian itu menyebabkan penerbangan tertangguh selama 40 minit dan ANA memohon maaf kepada penumpang dan memberitahu penumpang yang mencetuskan kekecohan itu sudah ditahan.-KLICK.MY