Sensasi Terkini Viral

Dua Gadis Bertudung Cilok Telefon Bimbit

Dua gadis bertudung kantoi mencuri telefon bimbit daripada seorang pelanggan wanita di sebuah butik di Sunway Piramid. Aksi mereka telah dirakam oleh CCTV milik kedai tersebut.

Bayangkan mereka hanya mengambil masa beberapa saat sahaja untuk menyeluk beg seorang wanita dan mengambil telefon bimbitnya.

Sejak akhir-akhir ini sering terjadi kes penyeluk saku berlaku akibat kelalaian mangsa sendiri. Kes di Sunway Piramid ini menjadi tular di Facebook setelah mangsa, Elaine Lai memuat naik status di laman sosial tersebut menceritakan apa yang berlaku.

Dia yang bersendirian di dalam kedai tersebut kerana dua rakannya lagi tidak dibenarkan masuk kerana mempunyai makanan di tangan.

Kejadian pada petang itu menyaksikan dia hanya masuk ke kedai itu lebih kurang lima minit namun menyedari telefon bimbitnya telah hilang ketika dia mahu mengambilnya.

Malah bukan dia seorang sahaja yang kehilangan barang berharga tersebut tetapi ada seorang lagi wanita menerima nasib yang sama. Syak ada sesuatu yang tidak kena, mereka memohon untuk melihat rakaman CCTV butik terbabit bagi mendapatkan justifikasi.

Apa yang mengejutkan, rakaman CCTV menujukkan telefon bimbit mereka telah dicuri oleh dua orang wanita yang bertudung dalam masa beberapa saat sahaja.

Moga pencuri ini dapat ditangkap oleh pihak berkuasa. Malah selepas kejadian, mangsa membuat laporan di balai polis berdekatan.

Pengajarannya, berhati-hati ketika membeli-belah. Saat anda kusyuk, ketika itulah peluang yang digunakan oleh penyeluk saku.-KLICK.MY