Viral

Dr Amalina Tegur Alicia Amin Kerana Galak LGBT Tipu Derma darah

SUPERMODEL Malaysia yang sering dihimpit kontroversi, Alicia Amin sekali lagi mendapat perhatian apabila menggalakkan golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) menipu ketika menderma darah.

Menerusi akaun Twitter, Alicia menjelaskan sekiranya golongan LGBT ingin menderma darah, mereka boleh berbuat demikian dan caranya hanya dengan menipu mengenai status kesihatan mereka.

Pandangan tersebut dilontarkan selepas seorang individu memuat naik gambar syarat kelayakan untuk seseorang menderma darah.

Antara syaratnya ialah golongan LGBT dan mereka yang melakukan seks rambang ditegah untuk menderma darah bagi mengelakkan penyakit seperti HIV tersebar melalui darah mereka.

Seperti biasa, pandangan terbuka Alicia itu menerima kecaman hebat daripada netizen.

Namun, menurut Alicia kenyataanya itu bukanlah bermaksud dia menggalakkan golongan LGBT untuk menipu tetapi mahu menegaskan golongan ini juga boleh menderma darah.

Perbalahan tersebut mendapat reaksi daripada doktor viral, Dr Amalina Bakri. Menurut Amalina, dia juga mempunyai kawan dan pesakit yang tergolong dalam LGBT.

Namun sebagai seorang doktor yang mempunyai kesedaran, dia menasihati mereka agar tidak menipu mengenai status kesihatan kerana boleh mengancam orang yang lain.

Sebagai figura umum, Alicia mungkin tidak sepatutnya mengeluarkan pendapat seperti itu walaupun maksud dan niatnya berbeza. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.