Gaya Hidup

Dr Amalina Sangkal Jus Durian Belanda Boleh Rawat Kanser

BARU-BARU ini seorang selebriti popular telah meluahkan rasa terkilannya kerana produk jus durian belanda keluarannya didakwa menjadi punca kematian seseorang individu.

Namun begitu, selebriti itu menafikan perkara tersebut dan menyifatkannya sebagai tuduhan yang tidak berasas.

Kenyataan itu mendapat perhatian pelajar cemerlang SPM tahun 2004, Dr Amalina Bakri yang juga dikenali sebagai doktor viral.

Dr Amalina menerusi laman Twitter menafikan dakwaan kebanyakan rakyat Malaysia yang mengatakan jus durian belanda mampu merawat kanser.

Menurut Amalina, jika benar buah tersebut dapat merawat kanser, dia tidak perlu bersusah payah melakukan penyelidikan bersama rakan-rakan untuk mencari penawar penyakit itu.

“Obsesi terbaru masyarakat Malaysia, ramai yang berkata durian belanda boleh merawat kanser, tidak! durian belanda tidak dapat menyembuhkan kanser.

“Kepada ‘founder’ dan jurujual, takda salah kalau nak mencari rezeki, tapi janganlah sampai menjejaskan kesihatan orang lain.

“Kalau durian belanda boleh rawat kanser, tak payah lah saya buat penyelidikan kanser,” tulisnya.

Kenyataan yang dikongsi oleh Dr Amalina itu bagaimanapun mendapat reaksi berbeza netizen.

Ada yang menyokong dan bersetuju dengan kenyataan yang diberikannya dan tidak kurang juga yang tidak bersetuju.

Namun, apa yang dikatakan oleh Dr Amalina itu ada benarnya juga. Sesetengah orang apabila menjalani rawatan alternatif, terus tidak mendapatkan rawatan doktor di hospital. Kepada penjual pula, janganlah terlalu yakin memberi harapan kepada pesakit kanser.

Apapun, terpulanglah kepada diri masing-masing sama ada mahu percaya kepada perubatan moden atau tradisional yang menggunakan bahan alami. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.