Hiburan Sensasi Terkini

“Don’t Judge My Path If You Haven’t Walk My Journey” Ziana Zain

SEBAGAI selebriti ternama, pastinya antara cabaran terbesar adalah berhadapan dengan netizen di laman sosial yang hanya menunggu masa untuk mengkritik dan menjatuhkan hukuman apabila berlaku sesuatu musibah di dalam hidup seseorang selebriti.

Dalam hal ini ada selebriti yang memilih untuk mendiamkan diri namun ada juga yang suka meluahkan secara langsung mahupun tidak langsung perasaan mereka.

Semalam, penyanyi tersohor negara Ziana Zain memuat naik sesuatu yang seolah-olah menggambarkan apa yang sedang dilaluinya ketika ini, selepas kecoh berita suaminya didakwa di mahkamah atas tuduhan mencederakan anak mereka.

Dalam kes itu Ziana merupakan individu yang membuat laporan polis terhadap suaminya Armin Zaharin.

Berkaitan: Suami Ziana Zain Didakwa Mahkamah Atas Tuduhan Cederakan Anak

Ramai netizen memberikan kata-kata semangat yang positif terhadap Ziana dan menasihatinya agar tidak mempedulikan kata-kata negatif sesetengah netizen yang suka menghakimi orang lain tanpa mengetahui duduk perkara sebenar.

Pastinya setiap saat sukar akan berlalu, semoga Ziana diberi ketabahan dan kesabaran dalam mengharungi episod duka ini.

Armin Zaharin ditahan atas tuduhan mencederakan anak lelakinya kira-kira jam 4 pagi, 25 Februari lalu. Bagaimana Armin mengaku tidak bersalah dan mahkamah menetapkan 4 April depan untuk sebutan semula kes. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen